author love stuffies affies
Sofia, 10 years young, do follow this blog if you dare, just inform me after you follow, don't forget to exchange link with me, and please click all below link, please follow for tumblr and twitter and add for facebook if you dare, inform me if I doing a huge mistake >,<
Final Giveaway Sponser
AmminTehaaNFMLeeyaIema GurlzGirl on the slope
Network
tumblrfacebooktwitter
+ FollowHome

Pengadilan Tidak Memihak Kita – Rajagopal

Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.(13/12/12)


Beliau sebaliknya menuntut komitmen kesemua pemain skuad Harimau Malaya itu untuk memberikan fokus sepenuhnya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.
“Saya mahu (semua pemain) lupakan (kekalahan) pada Piala AFF Suzuki dan fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di mana kita akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan pertama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad kebangsaan dari Bangkok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, hari ini.
Kekalahan tersebut dengan agregat 1-3 itu sekali gus meleburkan hasrat skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi mereka pada 2010 di Indonesia.
Rajagobal, 56, berkata beliau tidak menyangka bahawa skuad bimbingannya bakal mengalami kekalahan pada perlawanan itu memandangkan mereka telah membuat persiapan rapi.
“Kalau diimbas kembali perlawanan semalam, kita bermula dengan baik dengan tidak memberi ruang kepada Thailand untuk mencari gol namun senario itu bertukar selepas pengadil memberikan kad merah kepada Mohamad Fadhli.
“Kesemua pemain telah memberikan satu persembahan yang terbaik malahan peminat Thailand sendiri mengatakan bahawa kita bermain dengan baik cuma pengadilan tidak menyebelahi kita,” katanya yang menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.
Pada masa yang sama, beliau turut tidak menolak sebarang kemungkinan untuk memanggil beberapa muka baru untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia nanti.
Sementara itu, pemain pertahanan Mohd Fadhli Mohd Shas menyatakan kekecewaan beliau di atas keputusan pengadil yang disifatkannya sebagai ‘berat sebelah’.
“Saya hanya menegur pemain Thailand itu dan tidak melakukan serangan fizikal… pengadil itu mungkin terlupa bahawa saya sudah menerima kad kuning pertama sebelum itu.
“Apa yang saya mampu lakukan ialah memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan selepas saya dibuang padang dan saya juga ingin meminta maaf kepada mereka kerana tidak dapat membantu pada perlawanan itu,” katanya.
Pandangan beliau turut dipersetujui oleh penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang membidas pengadilan yang dianggap berat sebelah.
“Apa yang kami boleh lakukan hanya memberi tumpuan 100 peratus dan kekalkan prestasi semasa (selepas ketiadaan Mohamad Fadhli).
“Saya berpendapat rakan sepasukan sudah memberikan persembahan yang terbaik cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi kita pada tahun ini.” katanya. – Bernama
Credit - Nizarazu



Friday 14 December 2012 (10:19)

OLD | NEW